(World Of Arts N Culture) Malaysia - - Fotopages.com
Novel "Lagukan Senandung Itu"
BLURB
Perjalanannya mempelajari seni gendang tidak mudah. Dia terpaksa melalui jalan berliku, apatah lagi dengan fizikal dirinya seorang wanita. Persepsi masyarakat terhadap wanita dalam permainan tradisional itu tidak menyebelahinya. Begitu pun Fatimah tetap dengan hasratnya untuk mendalami ilmu gendang. Dia sanggup bertualang untuk mencari guru di tempat lain bagi menajamkan ilmunya.
Bukan itu sahaja, ketika perusahaan gendangnya dikhianati sehingga syarikatnya hampir disingkirkan, dia masih melalui saat getir itu dan berjaya membuktikan kebenaran. Kegigihannya mendatangkan pulangan yang berbaloi apabila dia berjaya memenangi pertandingan gendang di peringkat kebangsaan dan turut menerima jemputan ke pertandingan gendang di Korea dan memenanginya.
Gambar dan komen juga boleh dilihat di blog sdr Sinaganaga
http://cowgumrubber.blogspot.com/2007/03/senandungkan-lagu-ini.html
Novel sulong saya akan berada di pasaran Insyallah bulan Julai.
Lama benar saya tidak update - masa - menjadi musuh yang ketat, tambahan pula saya sudah berhenti kerja dan membuat kerja sendiri. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan di kedai2 DBP pada Julai ini. Insyallah saya akan mengambil gambar cerita budaya dan seni khazanah kita lagi sekiranya masa mengizinkan. Kalau tidak pun lawat saya di blog :
JAMU - Persembahan Muzik Kontemporari di ASK
Saya menjemput rakan2 ke ASK untuk menikmati persembahan JAMU serta mengambil gambar. Saya terlibat dalam salah satu persembahan tersebut sebagai pemuzik latar. Bulan puasa ni tak banyaklah bahan disamping itu selamat menyambut ramadhan.
JAMU ( TARIAN KOMTEMPORARI MALAYSIA)
JAMU merupakan satu siri persembahan bermula dalam tahun 2001, berbentuk kontemporari di mana pensyarah Jabatan Tari ASK diberi ruang dan peluang untuk mengekplorasi kreativiti masing-masing. Penari generasi muda dan pelajar akan mendapat semangat dan inspirasi daripada tokoh-tokoh tari ini manakala penonton dapat memerhatikan dan memahami kaedah-kaedah koreografi sekaligus menganalisa, berbincang serta menilai aspek estetika dalam seni tari.
Koreografer yang terlibat :
* A.Aris A.Kadir
* Umesh Shetty
* Mew Chang Tsing
* Loke Soh Kim
* Gan Chi Pei
Tempat:
Eksperimen Teater (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
Masa/Tarikh:
* 8.30 pm
* 6-8 Oktober 2006
Tiket:
* RM10/RM5
Silat Melayu
Silat Sendeng Malaysia
Tanggungjawab kita
Mari ramai ke sini : http://www.myislamnetwork.net/portal/
Ada tanggungjawab yang kita perlu lunaskan selain dari kegemaran kita mengambil foto.
Terima kasih
PERSEMBAHAN WAYANG KULIT SERI ASUN
Kategori 	: 	Teater
Tarikh 	: 	4 - 5 Ogos 2006
Masa 	: 	8.30 Malam
Masa Persembahan
8.30 Malam
Tempat Persembahan
Pekarangan, Istana Budaya
Masuk
PERCUMA
Maklumat lanjut, hubungi BOX OFFICE, Istana Budaya
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel.       :  03-4026 5558
Faks    :  03-4026 5552
E-mel  :  boxoffice@istanabudaya.gov.my
KASSIM LEE
Pegawai Perhubungan Awam
(Public Relations Officer)
ISTANA BUDAYA, Jalan Tun Razak
50694 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
03-4026 5553 (Direct Line)
03-4026 5555 (General Line)
03-4026 5552 (Fax)
017-366 8260 (Mobile)
www.istanabudaya.gov.my
Sedikit maklumat berkenaan Wayang Gedek :
http://www.kedah.gov.my/mknk/mknk_april/Warisan.htm
(Makluman : Gambar2 ini bukan saya ambil, link sahaja - cuma untuk pengumuman ini.
Kucing Vol : 1
Hehehe cuma koleksi kucing kat rumah aku sahaja, tak sempat hendak pergi ambil gambar-gambar yang menarik lagi setakat ini. Sementara sahaja ...
Keterangan :
i) Kucing kelabu & kucing siam - yg asal2 aku beri makan kat belakang rumah aku, kemudian berhijrah ke hadapan rumah setelah tempatnya diganggu.
ii) Lalu kucing kelabu tu beranak dahulu - lahirkan kucing tompok hitam dan kelabu
iii) Kucing tompok tu pun dah beranak - beberapa ekor kucing hitam tompok lagi ...
iv) sementara kucing siam tu pun dah beranak gak, anak2nya putih mulus belaka ...
vi) tapi paling manja dan ngada2 adalah kucing kelabu 2 - peh kengkadang tu geram aku dibuatnya, tapi pandai bila kena marah dia tunduk seolah-olah menyerah diri dan mengaku kalah - kadang2 gelihati aku nengoknya ...
vii) kucing kuning - peh ini kucing aaa wa cakap lu manyak pandai merayu - jadi timbul kesian,  maka aku selalu bg dia makan - lokasi : belakang rumah aku ... selalu dia buat muka seposen minta makan tau ... hehehe
Sekian adanya ... hehehe
:-D
Majlis Potong Jambul
Cukur Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Alatan potong jambul
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Upacara potong jambul
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Rumah Kayu Ukir
Ini adalah gambar semasa saya mengikuti bengkel penulisan novel pekan Seri Menanti di Negeri Sembilan. Gambar ukiran ini adalah sebahagian daripada kerjatangan Engku Fuad (tuan punya rumah) yang tidak jemu-jemu mengukir rumahnya sendiri. Sesiapa yang ke Seri Menanti, jangan lepaskan peluang melawat rumah Engku Fuad yang sememangnya terbuka luas untuk kunjungan sesiapa pun. Tambahan pula Engku Fuad seorang yang ramah dan rajin melayan tetamu. Inilah dia salah satu keindahan ukiran tradisi orang Melayu kita walau kedapatan ukiran2 moden di rumah Engku.
PROMOSI PERTANDINGAN GHAZAL & KERONCONG
Pertandingan
GHAZAL
JOHOR 2006
18 Jun 2006
Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor
8:00 malam
Pertandingan Nyanyian & Kumpulan
KERONCONG
JOHOR 2006
21 Jun 2006
Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor
8:00 malam
Maklumat lanjut sila hubungi : Yayasan Warisan Johor (YWJ) di
http://www.ywj.gov.my/utama/