Want your
own Fotopage?








 
(World Of Arts N Culture) Malaysia

By: Khairul Hafiz SF

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Apr-2006 02:12 Email | Share | Bookmark
Kraftangan Orang Kita

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
 
SAYA tidak berapa pasti sama ada wujud lagi atau tidak di kampung saudara2, ini pun saya terjumpa semasa berkunjung ke rumah guru saya di Kedah. Barang2 lama hasil kraftangan orang Melayu kita, cantik indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi tapi tidak diketengahkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Kunjungan saya kali ini ke Belantik, Kedah – di mana bapa kepada Pak Teh Mid (juga merupakan guru tua) – oh mak ai jauh boleh tahanlah rumahnya. Kawasan di situ tenang2 sahaja, jauh dari hiruk-pikuk raung dan jerit motokar yang tiada sopan, berbanding di KL ini. Sesiapa yg berminat hendak membelinya (dlm bentuk yg lebih mini la/replika) sila maklumkan kpd saya.



Gambar 1 – Sangkak ayam : Ini tempat khas yang dibuat untuk ayam bertelur, itik tidak boleh bertelur di situ, nanti bertelur dahi. Mungkin di tempat lain mempunyai sebutan yang berbeza, sila kita kongsi bersama.

Gambar 2 & 3 – Contoh gambar seekor ayam yang berposing semasa saya hendak ambil gambar sangkak tersebut.

Gambar 4 – Pak Teh Mid sedang beraksi sambil memegang sangkak ayam.

Gambar 5 – Perangkap burung yang diperbuat dari buluh.

Gambar 6 – Sarang burung yang dibuat oleh Pak Teh, baik punya tempat tapi keadaan cuaca yang kering ketika itu, mungkin beburung telah berhijrah ke tepi-tepi air terjun agaknya. Hehehe …

Gambar 7 - Dinding rumah yang diperbuat dari rotan - air cond habis cakap kau ...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net