(World Of Arts N Culture) Malaysia

By: Khairul Hafiz SF

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-May-2007 04:40 Email | Share | Bookmark
Novel "Lagukan Senandung Itu"





BLURB
Perjalanannya mempelajari seni gendang tidak mudah. Dia terpaksa melalui jalan berliku, apatah lagi dengan fizikal dirinya seorang wanita. Persepsi masyarakat terhadap wanita dalam permainan tradisional itu tidak menyebelahinya. Begitu pun Fatimah tetap dengan hasratnya untuk mendalami ilmu gendang. Dia sanggup bertualang untuk mencari guru di tempat lain bagi menajamkan ilmunya.
Bukan itu sahaja, ketika perusahaan gendangnya dikhianati sehingga syarikatnya hampir disingkirkan, dia masih melalui saat getir itu dan berjaya membuktikan kebenaran. Kegigihannya mendatangkan pulangan yang berbaloi apabila dia berjaya memenangi pertandingan gendang di peringkat kebangsaan dan turut menerima jemputan ke pertandingan gendang di Korea dan memenanginya.
Gambar dan komen juga boleh dilihat di blog sdr Sinaganaga
http://cowgumrubber.blogspot.com/2007/03/senandungkan-lagu-ini.html
Novel sulong saya akan berada di pasaran Insyallah bulan Julai.

Lama benar saya tidak update - masa - menjadi musuh yang ketat, tambahan pula saya sudah berhenti kerja dan membuat kerja sendiri. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan di kedai2 DBP pada Julai ini. Insyallah saya akan mengambil gambar cerita budaya dan seni khazanah kita lagi sekiranya masa mengizinkan. Kalau tidak pun lawat saya di blog :

http://serunaifaqir72.blogspot.com/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net