(World Of Arts N Culture) Malaysia

By: Khairul Hafiz SF

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Apr-2006 08:55 Email | Share | | Bookmark
Warisan

Gambar masa bermain di Stadium Bkt Jalil
Di Stadium Bkt Jalil
Stadium Bkt Jalil 3
Malam ini aku kena balik Perak kerana menghadiri walimatul urus temanku di sana. Di sana akan ramai turun kawan, guru2 gendang silat, gendang keling dan guru2 silat. Sesiapa yang berhajat utk mengambil gambar ketika majlis tersebut silalah datang ke Kg Titi Kasai, Batu Kurau, Perak. Hari Ahad 9.4.06 ni, majlisnya jam 12 tgh.



Gambar dua orang adik beradik dari Felda Mayam, Pahang. Aku ambil masa kami sama-sama main di Selayang.


Wednesday, 5-Apr-2006 04:13 Email | Share | | Bookmark
Peminat Cilik ...

Peminat cilik 1
Peminat cilik 2
Ini adalah gambar peminat cilik kami yang begitu setia menonton persembahan kami baru-baru ini ketika bermain di ampang. Anda bagaimana?




A pic of our die hard fan during the performance in Ampang.


Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi saya di serunaifaqir@yahoo.com utk sebarang tempahan majlis kenduri kahwin, khatan, perasmian dan sebagainya. Hehehe promosi sekali ni.




Tuesday, 28-Mar-2006 05:03 Email | Share | | Bookmark
Gendang Silat II

serunai aliran utara
 


• Gambar Peralatan Gendang Silat Aliran Utara
• (Pics of northern states Gendang Silat in Malaysia)

PERMAINAN gendang silat adalah merupakan satu lagi warisan leluhur yang jarang kedapatan lagi untuk dilihat dan didengar. Sebaliknya hanya di sesetengah tempat dan kawasan sahaja, ia dapat dilihat. Ataupun di dalam pertandingan silat, barulah kedengaran irama yang menusuk ini, namun peraturan baru telah dikeluarkan di mana muzik gendang silat dimansuhkan kerana didapati mempengaruhi markah pengadilan. Ianya terdiri dari serunai, gendang ibu & anak serta gong. Kebanyakan permainan utara memainkan lagu Patani dan Kedah. Namun di sesetengah tempat mereka memainkan irama silat yang dipanggil ‘tabuh’ atau ‘Kubang Nipah.’ Ada juga kawasan2 di sekitar Kedah yang memainkan irama yang di panggil "doh pak canguk". Selain dari itu terdapat juga di beberapa kawasan di Kedah yang memainkan irama yang dipanggil lagu ‘Telus’ atau dalam dialek Kedah – ‘Teluih’. Fugnsi dan kegunaanya adalah mengiringi persembahan seni silat dan juga untuk majlis-majlis rasmi.


Gendang Silat is a drum war played during the fight between foes. And as time goes by, its performance can merely be said to accompany Silat’s performance. It is one of the our great inheritance that must be preserved in order to ensure its continuity. Consisting 4 instrument, that is serunai, gendang ibu & anak and gong. Most os the states in Malaysia have their own silat’s music, and for Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang and Perak the above instrument are widely used.

Kpd kawan2 yg dok di KL, kami akan berlatih di Taman Tasik Titiwangsa jam 9.30mlm, hari Jumaat ni ... berhampiran dgn stadium, berhadapan dgn parking kereta. Mailah kalau nak ambil gambar tp kena bawa flash/lampu le sbb tmpt kami bergendang tu takdak lampu...


Thursday, 23-Mar-2006 04:07 Email | Share | | Bookmark
Seni Silat pulut

silat pulut 1
silat pulut 2


(lagu yg melatari fp saya kali ini bertajuk "Layang Mas" - Alunan dari kumpulan Gendang Terinai Perlis)
(Background song - entitled "Layang Mas")


Seni Silat Pulut adalah merupakan permainan silat turun temurun dari warisan nenek moyang kita. Sejarah mengenainya tidak begitu jelas, namun terdapat 3 teori yang menyebut tentang sejarah silat ini. Sebenarnya perkataan ‘pulut’ hanyalah merujuk kepada permainan yang dikaitkan dengan pulut. Namun pelbagai jenis dan aliran silat boleh bermain sekiranya ia mempunyai permainan tapak empat. Misalnya Silat Jawa, Silat Patani, Silat Sendeng Terlak dan sebagainya.


Teori mengenainya timbul dari :

1) Permainan silat ini biasanya dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan biasanya pesilat2 pada zaman dahulu akan mengambil sedikit pulut dan disuapkan ke mulut pengantin.

2) Permainan silat dahulu biasanya diakhiri dengan banyak berlakunya kecederaan kepada pesilat. Dan para pendekar2 ketika itu memainkan silat ini sebagai menggantikan kepada pertempuran yang sebenarnya. Namun rahsia permainan silat ini hanyalah diketahui oleh mereka yang mengamalkannya, walaupun luarannya nampak begitu lembut dan bersopan. Begitulah indah dan cantiknya nilai tradisi Melayu. Perkara ini banyak tidak diketahui oleh generasi masakini yang sibuk kepada kebendaan dan harta.

3) Ada juga teori mengatakan permainan ini sekiranya lawan dikunci, jikalau dia bergerak maka akan semakin terkunci ibarat pulut yang melekit2.


Seni Silat Pulut – "Seni SIlat" - self defence and 'Pulut' - refered to glutinous rice which usually prepared during the wedding ceremony in Malays culture. But the truth is – this is a form/style in the art of defensing. Apart from wedding ceremony, it can be performed during the circumsized ceremony, opening ceremony etc. Enventhough there are not much written history about this kind of silat, but it can be seen from this theories : -

1) During the wedding ceremony, pesilat/pendekar (man who perform silat) took some glutinous rice and put it into the bride (both actually).

2) But some of the elders says that, it arose from most of the ideas of pendekar that usually fight in cold blodded and wretch battle. In order to avoid injuries dan calamities, such performance is created. Most of these perfoermance can be found in northern & eastern region of Malaysia.

3) Another theory – during the performance, harbouring an act such as ‘kuncian’ (to hold/grip) your opponent can be sticky as glutinous rice. The more he moves, the more he’s being gripped.

Silat such as Silat Patani, Silat Jawa, Silat Jawi, Gayung Pancasakti etc can be catogerized in ‘silat pulut’ form.


Monday, 20-Mar-2006 02:22 Email | Share | | Bookmark
wayang gedek

Bangsal Wayang Gedek
Patung2 Wayang Gedek
Salah satu watak Wayang Gedek


Gambar seorang tok dalang Wayang Gedek memegang watak Aitong (kadangkala disebut etong).
(gambar ini sengaja saya bagi kreatif sedikit sbb ketiadaan kamera yang canggih)


Wayang Gedek kebanyakan dimainkan di negeri-negeri sebelah utara terutamanya di Kedah dan Perlis. Menerima pengaruh dari Siam iaitu permainan wayang kulit yang dinamakan Nang Thalung. Seperti permainan wayang kulit Kelantan, ensemble perlatan muzik terdiri daripada serunai, geduk, gedombak, cing/kesi dan gong. Kumpulan yang setakat ini ada di Kedah ialah Wayang Kulit Seri Asun, Kumpulan Pokok Machang (telah berpecah setelah kematian tok dalangnya, Pak Lah) dan Kumpulan Anak Tuah. Namun yang diketahui oleh penulis hanya kumpulan Pokok Machang sahaja yang membawa cerita klasik, yang lain-lain membawa cerita moden.

Wayang Gedek, a well known shadow puppet/play in Kedah and Perlis are usually (northern region in Malaysia) played during the padi harvesting season. But as time goes by, it is rarely performed except by an invitation. Only few groups left in Kedah, that is Seri Asun, Pokok Machang (previously broke off) dan Anak Tuah. Sometimes i wonder what it takes to bring back this rarely performance back to its auspicious day. You? Maybe ...


[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net