(World Of Arts N Culture) Malaysia

By: Khairul Hafiz SF

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 14-Jun-2006 02:21 Email | Share | | Bookmark
Gendang Raya/Tabuh

Maaf, masa saya agak ketat untuk memperbaharui cerita dalam foropages. Tambahan pula telah ditukarkan ke Putrajaya (hampeh betol la). Namun begitu ada gambar ni dalam koleksi saya, jadi saya fikir saya letakkan sahaja untuk entri kali ini. Mana nak cari lagi gendang raya atau tabuh ini? Kebetulan kami bergendang di Banting, Selangor kerana jemputan perkahwinan. Saya bersolat maghrib di surau di situ, tersengih saya melihat Gendang Raya ini masih lagi digunakan. Yang saya jumpa (gambar) itu pun di Masjid Meru, Klang - kebetulan singgah di situ, terus tangkap gambarnya. Kalau zaman kita kecil-kecil dahulu, biasa kan kita dengar gendang ini dipalu tika waktu-waktu tertentu. Buka puasa dll. (nnt saya carikan lagi faktanya)
atau satu jenis lagi dipanggil kentong (kayu yang ditebuk tengah2nya) dipalu apabila masuk waktu zohor, kematian dan sebagainya. Sekian adanya.


Gambar Gendang Raya & Kentong



Satu soalan yg bagus dari Sdr Suhaimi : "tapi awat taun dia tuh lain macam bro??
nie gendang dari masa depan nih..ekke"
Jawapan saya : "Kurang tepat, inilah yang akan terjadi kepada seni budaya kita pada masa akan datang, jadi bahan pameran kerana tiada orang lagi yang pandai bermainnya. Semuanya sudah tinggal kenangan di muzium dan buku-buku sahaja, tapi bukan di dada lagi."


Wednesday, 3-May-2006 00:02 Email | Share | | Bookmark
Nata De Coco

NAMPAKNYA saya terpaksa mewar-warkan kembali kempen minum air kelapa muda yang telah lama berkubur tanpa nisan. Sedikit masa dahulu kempennya bukan main lagi berasap-asap dalam tv, sekarang apa sudah jadi. Kebetulan semasa saya di Shah Alam, terjumpa gerai yang menjual air ini. Wow, harga boleh tahan - RM2.50 sebiji! Inilah dia minuman tradisi nenek moyang kita sejak zaman-berzaman. Pokoknya digelar ‘pokok seribu guna’, manakala khasiat yang terdapat dalam kandungan air kepala mudanya sungguh menakjubkan, Subhanallah.

Dalam perubatan tradisional, air kelapa banyak sekali digunakan untuk mengubat mereka yang terkena jenis-jenis racun. Racun yang paling popular adalah santau. Menurut kajian sains airnya mengandungi garam kalium, gula semulajadi (7%) dan zat protein. Komposisi mineral air kelapa yang unik ini menyebabkan air kelapa bisa berperanan sebagai minuman isotonik alami. Secara alami, air kelapa muda mempunyai komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna, sama dengan cairan tubuh manusia. Selain dari itu kalau ia meluruhkan penyakit demam campak. Ada sesetengah orang mengatakan boleh awet muda (entahlah?). Apa macam hebat tidak air kelapa muda? Itu baru cerita tentang airnya.




Scientifically are known as nata de coco and widely obtain in our country. In past time, it has been used as an antidote to those who engaged with natural diseases, for instance - german measels etc and black magic known as ‘Santau’. Apart from from the delicious taste, it contains mineral salt – Calium, natural sugar (7%) dan proteins. As for the unique gift from Allah to mankind, it has the natural isotonic power to boast back energy.

Cara Membuat Aiskrim Nata De Coco:
http://www.dunia-ibu.org/dapur/index.php?id=120

Pohon Seribu Guna (multiuses tree) :
http://www.seasite.niu.edu/Indonesian/Bacaan/Con_pohon_kelapa.htm


Wednesday, 19-Apr-2006 04:33 Email | Share | | Bookmark
KUIH TRADISIONAL - BANTAL RAJA

Kuih Bantal Raja
KITA suka makan. Tapi ada juga orang yang tidak suka makan. Dan makan ini ada beberapa macam jenis. Makan nasi, makan hati, makan dalam, makan baik dan pelbagai makan lagi. Lantas wujudlah makanan untuk dimakan. Di antara makanan yang penting adalah sarapan pagi. Jadinya, saya memang naik lrt untuk pergi kerja. Destinasi pertama yang saya singgah adalah kawasan perniagaan kuih bersebelahan dengan lrt untuk membeli sarapan. Setakat ini kuih kegemaran saya (mulanya saya tidak juga namanya, semalam baru tanya) adalag kuih BANTAL RAJA. Wahhh terkedu sebentar saya mendengarnya semalam. Namun begitu ia tidak boleh dibuat untuk bantal tidur, hanya untuk MAKAN sahaja hehehe. Inilah kali pertama saya mendengar kuih tradisional bernama sebegitu. Kalau setakat nasi lemak, cucur udang, kuih lapis, kuih lopez (bukan Lopez De Squire) dll adalah kuih-kuih tradisional yang biasa kita lihat di pagi hari. Kenapa? Tak percaya? Rupanya seakan-akan kuih popia pun ada, tapi lain. Tapi sudah 2 hari saya menikmati bantal raja yang kembang minyak.
Bila ditanya kenapa begitu, anda tahu apa jawapannya. "Carilah yang tidak berminyak." Alahai dalam hati saya, beginikah cara dia melayan pelanggan tetap? Tapi tidak mengapa, pembeli ada kuasa untuk memilih, bukan?

Haaa .. ini dia bantal raja wa cakap lu! Kuih tradisonal yang diperbuat dari bahan-bahan sayuran, sempat juga saya bertanya.
“Sayur apa kak?”
“Lobak merah, kobis dsb (sebenarnya tak ingat)”
Mulut saya melopong. “Oooo macam tu.”
Peniaga tersebut ada juga menyebut beberapa nama tapi saya sudah lupa. (hari ini malas nak terjemah dalam B.I)




Friday, 14-Apr-2006 02:12 Email | Share | | Bookmark
Kraftangan Orang Kita

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
View all 6 photos...
SAYA tidak berapa pasti sama ada wujud lagi atau tidak di kampung saudara2, ini pun saya terjumpa semasa berkunjung ke rumah guru saya di Kedah. Barang2 lama hasil kraftangan orang Melayu kita, cantik indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi tapi tidak diketengahkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Kunjungan saya kali ini ke Belantik, Kedah – di mana bapa kepada Pak Teh Mid (juga merupakan guru tua) – oh mak ai jauh boleh tahanlah rumahnya. Kawasan di situ tenang2 sahaja, jauh dari hiruk-pikuk raung dan jerit motokar yang tiada sopan, berbanding di KL ini. Sesiapa yg berminat hendak membelinya (dlm bentuk yg lebih mini la/replika) sila maklumkan kpd saya.



Gambar 1 – Sangkak ayam : Ini tempat khas yang dibuat untuk ayam bertelur, itik tidak boleh bertelur di situ, nanti bertelur dahi. Mungkin di tempat lain mempunyai sebutan yang berbeza, sila kita kongsi bersama.

Gambar 2 & 3 – Contoh gambar seekor ayam yang berposing semasa saya hendak ambil gambar sangkak tersebut.

Gambar 4 – Pak Teh Mid sedang beraksi sambil memegang sangkak ayam.

Gambar 5 – Perangkap burung yang diperbuat dari buluh.

Gambar 6 – Sarang burung yang dibuat oleh Pak Teh, baik punya tempat tapi keadaan cuaca yang kering ketika itu, mungkin beburung telah berhijrah ke tepi-tepi air terjun agaknya. Hehehe …

Gambar 7 - Dinding rumah yang diperbuat dari rotan - air cond habis cakap kau ...


Thursday, 13-Apr-2006 00:32 Email | Share | | Bookmark
Gendang Keling @ Gendang Peribumi

Gendang Keling - Ibu
Gendang Keling - Anak
Cara dimainkan 1
View all 6 photos...


PERMAINAN ‘Gendang Keling’ ini merupakan satu lagi permainan gendang tradisi orang Melayu yang pebih popular di Kedah. Banyak versi dan teori yang menyebutkan tentang asal-usul permainan gendang ini.

i) Teori yang selalu diutarakan adalah asimilasi masyarakat India dan Melayu ketika itu, dan ianya sudah berlaku beratus-ratus tahun sekiranya teori ini benar.

ii) Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu pula mengatakan bahawa perkataan ‘Keling’ di situ merujuk kepada perkataan ‘keliling’, dimana ketika dahulu apabila raja atau pembesar, atau majlis perkahwinan, khatan dsb; maka mereka diarak keliling kampung.

iii) Menurut guru saya pula, ia sememangnya permainan orang Melayu, disebabkan apabila gendang ini dimainkan, maka ramai kaum India berkumpul untuk melihat (mungkin disebabkan ada persamaan dari segi cara dan peralatan muzik tersebut. Paling hampir adalah kiranya kita melihat muzik Bhangra yang saling tidak tumpah peralatannya dengan gendang keling, cara permainan/lagu sahaja berbeza). Lama-lama masyarakat setempat merujuk kepada istilah ‘keling’ utk gendang tersebut.

Namun ada juga sebutan lain yang digunapakai iaitu ‘Gendang Peribumi’, tapi jarang diketahui oleh orang luar yang lebih mengenalinya dengan nama gendang keling.

Fungsi gendang ini adalah lebih kepada acara-acara yang bersifat rasmi kerana jika dilihat, terdapat persamaannya dengan Gendang Nobat, bezanya gendang nobat hanya menggunakan sebelah kayu, sedangkan gendang keling menggunakan rotan untuk muka kecil dan kayu untuk memukul muka besar.



As ‘Gendang Keling’ is another form of Malay traditional music that are rarely found in other state except in Kedah. Since now and then, few theories has been adapted to signify its existence since no documentation has been made before this.

i) The first theory referring to the assimilation between Malay and Indian society. It was long, long ago during the Sultanate period. (maybe 400 – 500 years ago).

ii) Others said that it derives from the word ‘Keliling’ (surrounding), during that period when Sultan or his man came to the village, Gendang Keling will be played as a sign of greeting. There you can see ‘Silat Pulut’ is being held by a couples.

iii) According to my Guru, many of the Indians who are attracted to the soung came over to watch, some how later on the term ‘Keling’ is used to refer the show or gendang.




[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net