(World Of Arts N Culture) Malaysia

By: Khairul Hafiz SF

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-Aug-2006 00:32 Email | Share | | Bookmark
PERSEMBAHAN WAYANG KULIT SERI ASUN

KUMP WAYANG GEDEK KUMPULAN SERI ASUN



Kategori : Teater
Tarikh : 4 - 5 Ogos 2006
Masa : 8.30 Malam

Masa Persembahan
8.30 Malam

Tempat Persembahan
Pekarangan, Istana Budaya

Masuk
PERCUMA

Maklumat lanjut, hubungi BOX OFFICE, Istana Budaya
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel. : 03-4026 5558
Faks : 03-4026 5552
E-mel : boxoffice@istanabudaya.gov.my



KASSIM LEE
Pegawai Perhubungan Awam
(Public Relations Officer)
ISTANA BUDAYA, Jalan Tun Razak
50694 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

03-4026 5553 (Direct Line)
03-4026 5555 (General Line)
03-4026 5552 (Fax)
017-366 8260 (Mobile)
www.istanabudaya.gov.my

Sedikit maklumat berkenaan Wayang Gedek :
http://www.kedah.gov.my/mknk/mknk_april/Warisan.htm


(Makluman : Gambar2 ini bukan saya ambil, link sahaja - cuma untuk pengumuman ini.


Wednesday, 19-Jul-2006 10:38 Email | Share | | Bookmark
Kucing Vol : 1

Kucing adik-beradik (kelabu & siam)
anak kpd kucing kelabu 1
anak kpd kucing kelabu 2 - manja tahap dewa!
View all 5 photos...



Hehehe cuma koleksi kucing kat rumah aku sahaja, tak sempat hendak pergi ambil gambar-gambar yang menarik lagi setakat ini. Sementara sahaja ...
Keterangan :
i) Kucing kelabu & kucing siam - yg asal2 aku beri makan kat belakang rumah aku, kemudian berhijrah ke hadapan rumah setelah tempatnya diganggu.
ii) Lalu kucing kelabu tu beranak dahulu - lahirkan kucing tompok hitam dan kelabu
iii) Kucing tompok tu pun dah beranak - beberapa ekor kucing hitam tompok lagi ...
iv) sementara kucing siam tu pun dah beranak gak, anak2nya putih mulus belaka ...
vi) tapi paling manja dan ngada2 adalah kucing kelabu 2 - peh kengkadang tu geram aku dibuatnya, tapi pandai bila kena marah dia tunduk seolah-olah menyerah diri dan mengaku kalah - kadang2 gelihati aku nengoknya ...
vii) kucing kuning - peh ini kucing aaa wa cakap lu manyak pandai merayu - jadi timbul kesian, maka aku selalu bg dia makan - lokasi : belakang rumah aku ... selalu dia buat muka seposen minta makan tau ... hehehe

Sekian adanya ... hehehe




Monday, 10-Jul-2006 00:02 Email | Share | | Bookmark
Majlis Potong Jambul

Potong Jambul
Marhaban & Selawat
Semalam saya menghadiri majlis potong jambul anak kawan saya di Ampang, sempat juga merakamkan 2, 3 keping gambar yang saya kira dpt dipaparkan di sini buat maklumat kita semua. Sangat cantik majlis itu berjalan, makanan yang dihidangkan membuatkan saya dan kawan2 terduduk sebentar sementara menantikan balik. Hehehe ...


Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.


Alatan potong jambul



Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.


Upacara potong jambul

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Dipetik dari : http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm


Monday, 19-Jun-2006 07:27 Email | Share | | Bookmark
Rumah Kayu Ukir





Ini adalah gambar semasa saya mengikuti bengkel penulisan novel pekan Seri Menanti di Negeri Sembilan. Gambar ukiran ini adalah sebahagian daripada kerjatangan Engku Fuad (tuan punya rumah) yang tidak jemu-jemu mengukir rumahnya sendiri. Sesiapa yang ke Seri Menanti, jangan lepaskan peluang melawat rumah Engku Fuad yang sememangnya terbuka luas untuk kunjungan sesiapa pun. Tambahan pula Engku Fuad seorang yang ramah dan rajin melayan tetamu. Inilah dia salah satu keindahan ukiran tradisi orang Melayu kita walau kedapatan ukiran2 moden di rumah Engku.

(Malas hendak terjemah)


Thursday, 15-Jun-2006 02:40 Email | Share | | Bookmark
PROMOSI PERTANDINGAN GHAZAL & KERONCONG



Pertandingan
GHAZAL
JOHOR 2006
18 Jun 2006
Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor
8:00 malam

Pertandingan Nyanyian & Kumpulan
KERONCONG
JOHOR 2006
21 Jun 2006
Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor
8:00 malam


Maklumat lanjut sila hubungi : Yayasan Warisan Johor (YWJ) di

http://www.ywj.gov.my/utama/

Gambar pertandingan boleh dilihat di fotopages norahmathttp://nourarahmat.fotopages.com/?entry=838780&back=http://nourarahmat.fotopages.com/?page=0


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net